Tuesday, 19 July 2016

TENGAH BLUR NIH

Malam2 ni palo otok ambo jeng tak dok idea nok tulis gapo.. disebabkan blog lecturer nok tengok kawe siap jugok la demi memenuhi modul vto.... kito laye panton ni ambil pondoman...


Malam terasa PANJANG,
Namun sang fajar PASTI terbit jua,
Walaupun UMOR kita PANJANG,
namun PASTI ke KUBOR jua..............



ok gud nite guys.....

SAFETY FIRTS (PPE)



''UTAMAKAN KESELAMATAN DITEMPAT KERJA, KERANA MALANG TIDAK BERBAU"


Monday, 18 July 2016

Jenis-jenis pemampat



1. Pemampat jenis salingan (Piston type)





Kitaran Asas Penyejukan & Penyaman Udara.



Sejarah Penyejukan & Penyaman Udara

Semasa cuaca panas, kita memerlukan sesuatu yang dingin untuk menyejukkan badan kita. Kita juga memerlukan tempat yang sejuk untuk menyimpan barang-barang yang mudah rosak seperti sayur-sayuran, lauk-pauk, dan lain-lain lagi. Oleh itu, pelbagai cara dilakukan untuk mengatasinya.
Masyarakat zaman dahulu telah mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan tempat yang sejuk. dan kelayinan antara penyejuk bekuan dan penyamanan udara,Misalnya pada tahun 1000 SM, rakyat China memotong dan menyimpan ais. Sekitar 500 SMpula, orang Arab dan India membekukan air pada waktu malam dan menyimpannya dalam bekas bagi mengelakkan ais itu cair. Pada abad ke-18 pula, masyarakat England akan mengutip ais semasa musim sejuk dan menyimpannya dalam rumah sejuk. Ais itu dibungkus dengan meletakkan garam dan disimpan di bawah rumah agar ais itu sentiasa beku untuk kegunaan semasa musim panas.
Pada abad ke-19, kotak ais telah digunakan di England. Para ilmuan telah mencuba pelbagai cara untuk mencipta sebuah mesin yang dapat menyejukkan. Oleh itu, kaedah penyejukan pertama telah dicipta oleh William Cullen dari Universiti GlasgowScotland pada tahun 1748. Kemudian pada tahun 1805Oliver Evans, seorang pencipta Amerika Syarikat, telah mereka mesin peti sejuk yang pertama. Hasil daripada rekaan Evans telah mendorong pereka lain untuk mencipta peti sejuk yang lebih baik.
Dalam tahun 1844John Gorrie, seorang doktor dari Florida telah menghasilkan satu alat yang berasaskan ciptaan Evans untuk membuat ais bagi menyejukkan udara untuk merawat pesakit-pesakit kuning. Peti sejuk perdagangan yang pertama untuk menyejukkan makanan telah dijual oleh Syarikat General Electric pada tahun 1911. Namun, peti sejuk yang lengkap telah dicipta oleh Alfred Mellowes pada tahun 1915.